Wednesday 2 July 2014

Bukan Yang Sempurna - 4 (ii)

“Cakap dengan siapa tadi?” soal Iskandar sambil mula reversed kereta.

“Dengan budak senget.”

Iskandar koyak senyum. “Dah lama kenal?”

“Tadi masa beratur nak buat pendaftaran.” Cerita Mariam Malas. Iskandar angguk. Bibir kulum senyum. Kalau dari gaya Mariam, memang dia tak berkenanlah gayanya tu kalau dia tak banyak cakap. Kalau dia menyampah – dia akan banyak cerita. Tapi terus kena pangkas dengan dia.

Agaknya, itu sebabnya Mariam sudah tidak suka mengutuk orang kalau depan dia. Baguslah juga kan. Buat apa dia galakkan Mariam buat benda yang tak senonoh dan tak berfaedah dengan mengata orang.

“Dia nak mengorat kau tak Marry?” giat Iskandar. Serentak itu tangan Mariam menumbuh bahu Iskandar.

“Aduh! Sakitlah!” marah Iskandar.

Mariam jelir lidah. “Padan muka. Benda tak senonoh tu jangan nak sebut.”

“Apa yang tak senonoh?”

“Benda tu la!” gerutu Mariam geram. Iskandar tertawa.

“Mengorat tu, tak senonoh ke?” soal Iskandar.

Mariam merengus. “Kot iya pun, minta simpanglah mamat senget perasan macam tu! Buat sakit jiwa je!” bebel Mariam.

“Kus semangat!” sambung Mariam lagi membuatkan tawa Iskandar pecah.

“Ada ke macam tu.”

“Biarlah.”

“Tak baik tau. Buatnya pintu langit tu terbuka. Yang tak nak tu yang Allah pasangkan. Macam mana?” soal Iskandar. Laju Mariam geleng kepala kiri kanan kiri. “Alex! Jangan la doa yang bukan-bukan!”

Iskandar tertawa. Pandangan fokus ke depan. Dia meneruskan pemanduan keluar dari perkarangan universiti untuk ke kedai makan di depan bulatan besar di pintu masuk utama Universiti Utara Malaysia.

Elok kereta diparkir, Mariam lebih dulu turun mahu mengambil tempat. Iskandar menggeleng. Lapar sangatlah tu. Tak semengah betul anak dara ni. Tapi Mariam apa dia kisah? Selama ni pun, apa yang Alex nampak, Mariam bukan sama macam perempuan biasa yang dia selalu nampak.

Mariam jenis yang tak reti nak control lawa. Bukan gadis yang pura-pura ayu juga. Adiknya tu jenis yang outspoken. Cepat mengeluarkan pendapat. Ada masanya, kuat berdebat. Tapi itu pun, Mariam adiknya yang jujur. Yang berkata apa yang dia rasa dan itu dari hati.

Tipulah kalau dia tak risau nak tinggalkan Mariam sendiri. Tapi, dia lebih tahu Mariam tu sebenarnya jenis yang berdikari. Cuma bila dia atau emak dan ayah ada, baru la Mariam tu jadi bergantung semua benda pada mereka.

Bukan dia tak pernah tanya, tapi bila dia berbual dengan Mariam dari hati ke hati – baru dia nampak apa sebabnya Mariam berperangai begitu.

“Marry tak rasa rugi? Dari kecil sampai besar, semuanya kat utara. Tak nak keluar?”

Mariam koyak senyum. Pangkal hidung dia gosok perlahan. Helaan nafas dilepaskan perlahan. “Alex rasa rugi eh?” soal Mariam.

Iskandar angguk.

“Bukan tak nak. Nak... tapi emak dan ayah akan selalu risau.”

“Siapa cakap?”

Mendengarkan itu Mariam tertawa. “Bukan masa Marry dapat straight A’s UPSR dulu dan dapat tawaran ke Sekolah Tun Fatimah di Johor tu, emak cakap jauh? Marry belum sedia nak berdikari?”

“Itu dulu.”

Mariam koyak senyum. Perlahan dia geleng. “Siapa cakap? Bila Marry lulus cemerlang PMR dan jadi pelajar terbaik Perlis; kemudian Marry dapat offer sambung belajar ke MRSM Taiping, bukan ke emak cakap – Sekolah Derma pun apa bezanya? Sekolah Bestari. Dekat. Mudah emak nak hantar dan ambil. Mudah emak nak pantau?”

Iskandar diam. Perlahan dia angguk. Dia tahu, benda tu pernah emak bincangkan dengan Mariam masa Mariam dapat tawaran sambung belajar dulu. Iskandar tahu, dalam hal itu; emak seperti tak dapat melepaskan Mariam jauh.

Kata emak, “Marry perempuan. Belajar jauh-jauh ni, emak risau. Tak ada yang pantau.”

“Marry simpan dalam hati ya?” soal Iskandar.

Mariam geleng.

“Taklah.”

“Dah tu?”

“Terasa la juga.” Tutur Mariam kemudiannya sambil kemudiannya tertawa.

“Dah tu kenapa tak cakap emak dengan ayah?”

Mencebik bibir. “Sebab, dia orang rasa Marry tak mampu nak berdikari lagi.”

“Cakaplah yang Marry dah sedia.”

Mariam angguk. “One day, Marry akan cakap. Dan Marry harap, bila masa tu sampai, dia orang dah bersedia nak lepaskan Marry untuk explore dunia. But till then, please be patient with me Alex.”

"Why?" "Sebab I am gonna be your baby sister yang Alex kena manjakan forever." tutur Mariam dalam tawa besar.

“Marry...”

Mariam tertawa. “Touching eh?”

Iskandar angguk. “Tunggu lagi. Sebab tak sangka betul my little sis ni, sangat matang.” Tutur Iskandar sambil menggosok rambut Mariam.

“Alex!”

Iskandar tertawa. “Apa?”

“Rosaklah rambut orang.”

“Ala… sikat je la. Apa susah.”

“Dah la! Malas nak cakap.”

Iskandar koyak senyum. Mula la tu buat perangai. Cengeng. Macamlah kita nak pujuk dia. Bila Mariam tarik muka, Iskandar terus tarik pipi adiknya itu hingga akhirnya mereka masing-masing tertawa.

Merenung Mariam yang sedang menikmati makanan. Iskandar koyak senyum. “Insya-Allah Marry, one fine day; insya-Allah Allah akan bukankan jalan untuk Marry kenal bumi Allah yang lain. I’ll alway put a dua’ for you. But till then, please be a very good daughter to emak and ayah and a very good sister to us.” Bisik hati Iskandar.