Wednesday 25 June 2014

Bukan Yang Sempurna - 4



“Siap?” soal Iskandar bila menghampiri Mariam Jamilah yang sedang elok bersandar di sebelah Danny. Adiknya itu menganggukkan kepala.

“Kita orang tinggalkan sendiri – okay kan?” soal Iskandar.

Tengok kiri. Tengok kanan. Mariam tarik muka. “Awal lagi kan?”

“La... dah siap daftar pun. Takkan semua nak kena bertapa kat sini?” soal Iskandar.

“Petang ni bukan ada program pun. Malam nanti baru ada. Lagi pun, ayah dengan emak memang purposedly ambil cuti sebab nak hantar orang pun! Dan abang pun balik cuti sebab nak hantar orang kan?”

“So?”

“Janganlah balik lagi. Kita lunch la dulu? Please....”

Jari telunjuk menggosok pangkal hidung yang tak gatal. Menarik nafas, satu keluhan dilepaskan. “Bawa-bawa la belajar berdikari. Lagi pun, kejap lagi roommate Marry ada kan? Ajaklah dia pergi lunch sama-sama.”

“Abang ni kejam la!”

“La... suruh makan dengan roomate pun kejam ke?”

“Yes you are!”

Iskandar tertawa. Kepala geleng ke kiri dan ke kanan. Sah la adik dia yang seorang ni cengeng! Memang padanlah dia tak nak belajar jauh-jauh. Bukan apa - dia tak boleh hidup atas kaki sendiri la tu!

“Mariam Jamilah a.k.a Marry! Grow up please!”

“Ayah!!!” jerit Mariam geram.

“Guys....” tutur ayah perlahan. Mariam panggung pandang. Merengus perlahan, mulutnya membentuk muncung, hujung rambut yang menutup mata dihembus geram.

“Alex ada rancangan apa ke hari ini?” soal ayah.

Iskandar geleng kepala. Menoleh pada Danial, “Danny?”

“No.”

“Okey. Kalau macam tu, kita lunch dengan Marry dulu. Kemudian beli barang apa yang patut, lepas tu kita balik. Okey?” soal ayah. Iskandar diam. Danial diam. Mariam? Dia tarik senyum sampai telinga.

“Okey...”

“Yes!” jerit Mariam serentak dengan gumaman okey oleh Iskandar. Mikael geleng kepala melihat perangai anak perempuan tunggalnya yang seorang itu.

Menoleh memandang isterinya Laura, isterinya itu sekadar tersenyum.

“You okey kan kalau kita lunch dengan Marry dulu?”

Laura mengangguk. Bibirnya mengukir senyum lebar.





“Marry...”

Mariam buat bodoh. Dia masih sibuk memilih alat tulis yang elok tersusun atas rak di depannya. Satu persatu pen dicubanya.

“Marry...”

“Alex! Stop it!” gerutu Mariam geram bila abangnya menarik pen dari dalam genggamannya.

“Dah, abang panggil buat pekak badak kenapanya? Badak pun tak pekak macam Marry tau!”

“You’d deserved it.”

“Mogok?”

“Yes.”

“Mogoklah... mogok...” tutur Alex sambil menyisih dari sisi. Mariam menarik senyum. Dalam hati, dia bercakap sendiri – tahu terasa! Yang dia buat kita tu, tak ingat? Padan muka! Gerutu Mariam dalam hati.

“Ehem...”

Ada  deheman dari sisi. Tapi Mariam masih buat bodoh. Fokus Mariam masih pada pemilihan pen di depannya. Satu demi satu pen yang dia cuba.

“...ehem...”

"Stop it Alex!" marah Mariam. Tapi tak juga menoleh. Alah, macam la Mariam tak tahu, Alex tu sebenarnya nak pujuk dia la tu. Alex mana pernah biarkan dia lama-lama merajuk atau marah-marah begitu.

"Hai..." seru suara asing. Kepala yang tunduk memilih dan mencuba pen, langsung terpanggung spontan. Itu bukan suara Alex. Menoleh ke sisi, “You?!”

Mengoyak senyum. “Yes. Me. Ada masalah?” soal lelaki itu. Mariam menarik nafas dalam-dalam sebelum menghela perlahan.

“Tak ada.”

Kembali memilih beberapa alat tulis yang diperlukan, Mariam langsung bergerak ke kauter untuk membuat bayaran.

“So, nama awak apa?”

Mariam diam. Buat tak dengar. “Berapa?” soal Mariam pada gadis di kaunter.

“Tiga puluh ringgit.”

Mariam angguk kepala. Not warna merah tiga helai dikeluarkan dan dihulurkan pada gadis di kaunter. “Terima kasih.” Tutur Mariam sambil melangkah keluar. Seruan lelaki di belakangnya, Mariam buat pekak.

Dah agak dah, mamat tu memang senget!

Agaknya jenis lelaki playboy yang anggap semua perempuan – senang nak dapat? Agak-agaklah. Dia memang tak pakai tudung. Tapi dia bukan kaki hang out dan jenis yang ‘mudah’ dengan lelaki.

Bila tiba masa – Mariam tahu bila nak pakai tudung! Bukan tak nak pakai, tapi dia belum bersedia. Biarlah bila nak pakai nanti, dia pakai sebab dia yang nak dan bukan sebab terpaksa. Dan biarlah bila dia pakai nanti, dia dah betul-betul tutup aurat dia. Bukannya tutup kepala tempat lain terbuka.

Tu bukan tutup aurat! Tu takat tutup rambut. Dia taknak macam tu. Sebab dia tahu, yang penting tutup aurat. Bukan tutup rambut.

Menapak ke arah parkir. Langkah Mariam terhenti.

“Hello...” ujar lelaki itu siap dengan lambaian depan muka.

“Kau nak apa?” soal Mariam bengang.

“Nak nama awak.”

“Kau siapa aku nak bagitahu nama aku? Pengawas sekolah? Aku rasa kita kat universiti, bukan sekolah.” Sinis Mariam.

“Tanya nama pun berdosa?” soal lelaki itu.

Senyum tersungging dibibir Mariam. “Bagi sepuluh sebab kenapa aku perlu bagitahu nama aku pada kau?”

“Sebab aku suka kau.”

Pecah gelak Mariam dengar apa yang dikatakan lelaki di depannya. Mengangkat tangan ke depan, telapak tangannya tepat mengadap mamat senget kat depannya tu.

"Hey mister, talk to the hand please." tutur Mariam sambil melangkah meninggalkan lelaki tu terpinga-pinga sendiri. Hati Mariam kala itu sebal!

Apasal la kat kampus ni wujud mamat senget macam tu?

No comments:

Post a Comment