Wednesday 2 July 2014

Bukan Yang Sempurna - 4 (ii)

“Cakap dengan siapa tadi?” soal Iskandar sambil mula reversed kereta.

“Dengan budak senget.”

Iskandar koyak senyum. “Dah lama kenal?”

“Tadi masa beratur nak buat pendaftaran.” Cerita Mariam Malas. Iskandar angguk. Bibir kulum senyum. Kalau dari gaya Mariam, memang dia tak berkenanlah gayanya tu kalau dia tak banyak cakap. Kalau dia menyampah – dia akan banyak cerita. Tapi terus kena pangkas dengan dia.

Agaknya, itu sebabnya Mariam sudah tidak suka mengutuk orang kalau depan dia. Baguslah juga kan. Buat apa dia galakkan Mariam buat benda yang tak senonoh dan tak berfaedah dengan mengata orang.

“Dia nak mengorat kau tak Marry?” giat Iskandar. Serentak itu tangan Mariam menumbuh bahu Iskandar.

“Aduh! Sakitlah!” marah Iskandar.

Mariam jelir lidah. “Padan muka. Benda tak senonoh tu jangan nak sebut.”

“Apa yang tak senonoh?”

“Benda tu la!” gerutu Mariam geram. Iskandar tertawa.

“Mengorat tu, tak senonoh ke?” soal Iskandar.

Mariam merengus. “Kot iya pun, minta simpanglah mamat senget perasan macam tu! Buat sakit jiwa je!” bebel Mariam.

“Kus semangat!” sambung Mariam lagi membuatkan tawa Iskandar pecah.

“Ada ke macam tu.”

“Biarlah.”

“Tak baik tau. Buatnya pintu langit tu terbuka. Yang tak nak tu yang Allah pasangkan. Macam mana?” soal Iskandar. Laju Mariam geleng kepala kiri kanan kiri. “Alex! Jangan la doa yang bukan-bukan!”

Iskandar tertawa. Pandangan fokus ke depan. Dia meneruskan pemanduan keluar dari perkarangan universiti untuk ke kedai makan di depan bulatan besar di pintu masuk utama Universiti Utara Malaysia.

Elok kereta diparkir, Mariam lebih dulu turun mahu mengambil tempat. Iskandar menggeleng. Lapar sangatlah tu. Tak semengah betul anak dara ni. Tapi Mariam apa dia kisah? Selama ni pun, apa yang Alex nampak, Mariam bukan sama macam perempuan biasa yang dia selalu nampak.

Mariam jenis yang tak reti nak control lawa. Bukan gadis yang pura-pura ayu juga. Adiknya tu jenis yang outspoken. Cepat mengeluarkan pendapat. Ada masanya, kuat berdebat. Tapi itu pun, Mariam adiknya yang jujur. Yang berkata apa yang dia rasa dan itu dari hati.

Tipulah kalau dia tak risau nak tinggalkan Mariam sendiri. Tapi, dia lebih tahu Mariam tu sebenarnya jenis yang berdikari. Cuma bila dia atau emak dan ayah ada, baru la Mariam tu jadi bergantung semua benda pada mereka.

Bukan dia tak pernah tanya, tapi bila dia berbual dengan Mariam dari hati ke hati – baru dia nampak apa sebabnya Mariam berperangai begitu.

“Marry tak rasa rugi? Dari kecil sampai besar, semuanya kat utara. Tak nak keluar?”

Mariam koyak senyum. Pangkal hidung dia gosok perlahan. Helaan nafas dilepaskan perlahan. “Alex rasa rugi eh?” soal Mariam.

Iskandar angguk.

“Bukan tak nak. Nak... tapi emak dan ayah akan selalu risau.”

“Siapa cakap?”

Mendengarkan itu Mariam tertawa. “Bukan masa Marry dapat straight A’s UPSR dulu dan dapat tawaran ke Sekolah Tun Fatimah di Johor tu, emak cakap jauh? Marry belum sedia nak berdikari?”

“Itu dulu.”

Mariam koyak senyum. Perlahan dia geleng. “Siapa cakap? Bila Marry lulus cemerlang PMR dan jadi pelajar terbaik Perlis; kemudian Marry dapat offer sambung belajar ke MRSM Taiping, bukan ke emak cakap – Sekolah Derma pun apa bezanya? Sekolah Bestari. Dekat. Mudah emak nak hantar dan ambil. Mudah emak nak pantau?”

Iskandar diam. Perlahan dia angguk. Dia tahu, benda tu pernah emak bincangkan dengan Mariam masa Mariam dapat tawaran sambung belajar dulu. Iskandar tahu, dalam hal itu; emak seperti tak dapat melepaskan Mariam jauh.

Kata emak, “Marry perempuan. Belajar jauh-jauh ni, emak risau. Tak ada yang pantau.”

“Marry simpan dalam hati ya?” soal Iskandar.

Mariam geleng.

“Taklah.”

“Dah tu?”

“Terasa la juga.” Tutur Mariam kemudiannya sambil kemudiannya tertawa.

“Dah tu kenapa tak cakap emak dengan ayah?”

Mencebik bibir. “Sebab, dia orang rasa Marry tak mampu nak berdikari lagi.”

“Cakaplah yang Marry dah sedia.”

Mariam angguk. “One day, Marry akan cakap. Dan Marry harap, bila masa tu sampai, dia orang dah bersedia nak lepaskan Marry untuk explore dunia. But till then, please be patient with me Alex.”

"Why?" "Sebab I am gonna be your baby sister yang Alex kena manjakan forever." tutur Mariam dalam tawa besar.

“Marry...”

Mariam tertawa. “Touching eh?”

Iskandar angguk. “Tunggu lagi. Sebab tak sangka betul my little sis ni, sangat matang.” Tutur Iskandar sambil menggosok rambut Mariam.

“Alex!”

Iskandar tertawa. “Apa?”

“Rosaklah rambut orang.”

“Ala… sikat je la. Apa susah.”

“Dah la! Malas nak cakap.”

Iskandar koyak senyum. Mula la tu buat perangai. Cengeng. Macamlah kita nak pujuk dia. Bila Mariam tarik muka, Iskandar terus tarik pipi adiknya itu hingga akhirnya mereka masing-masing tertawa.

Merenung Mariam yang sedang menikmati makanan. Iskandar koyak senyum. “Insya-Allah Marry, one fine day; insya-Allah Allah akan bukankan jalan untuk Marry kenal bumi Allah yang lain. I’ll alway put a dua’ for you. But till then, please be a very good daughter to emak and ayah and a very good sister to us.” Bisik hati Iskandar.

Wednesday 25 June 2014

Bukan Yang Sempurna - 4



“Siap?” soal Iskandar bila menghampiri Mariam Jamilah yang sedang elok bersandar di sebelah Danny. Adiknya itu menganggukkan kepala.

“Kita orang tinggalkan sendiri – okay kan?” soal Iskandar.

Tengok kiri. Tengok kanan. Mariam tarik muka. “Awal lagi kan?”

“La... dah siap daftar pun. Takkan semua nak kena bertapa kat sini?” soal Iskandar.

“Petang ni bukan ada program pun. Malam nanti baru ada. Lagi pun, ayah dengan emak memang purposedly ambil cuti sebab nak hantar orang pun! Dan abang pun balik cuti sebab nak hantar orang kan?”

“So?”

“Janganlah balik lagi. Kita lunch la dulu? Please....”

Jari telunjuk menggosok pangkal hidung yang tak gatal. Menarik nafas, satu keluhan dilepaskan. “Bawa-bawa la belajar berdikari. Lagi pun, kejap lagi roommate Marry ada kan? Ajaklah dia pergi lunch sama-sama.”

“Abang ni kejam la!”

“La... suruh makan dengan roomate pun kejam ke?”

“Yes you are!”

Iskandar tertawa. Kepala geleng ke kiri dan ke kanan. Sah la adik dia yang seorang ni cengeng! Memang padanlah dia tak nak belajar jauh-jauh. Bukan apa - dia tak boleh hidup atas kaki sendiri la tu!

“Mariam Jamilah a.k.a Marry! Grow up please!”

“Ayah!!!” jerit Mariam geram.

“Guys....” tutur ayah perlahan. Mariam panggung pandang. Merengus perlahan, mulutnya membentuk muncung, hujung rambut yang menutup mata dihembus geram.

“Alex ada rancangan apa ke hari ini?” soal ayah.

Iskandar geleng kepala. Menoleh pada Danial, “Danny?”

“No.”

“Okey. Kalau macam tu, kita lunch dengan Marry dulu. Kemudian beli barang apa yang patut, lepas tu kita balik. Okey?” soal ayah. Iskandar diam. Danial diam. Mariam? Dia tarik senyum sampai telinga.

“Okey...”

“Yes!” jerit Mariam serentak dengan gumaman okey oleh Iskandar. Mikael geleng kepala melihat perangai anak perempuan tunggalnya yang seorang itu.

Menoleh memandang isterinya Laura, isterinya itu sekadar tersenyum.

“You okey kan kalau kita lunch dengan Marry dulu?”

Laura mengangguk. Bibirnya mengukir senyum lebar.





“Marry...”

Mariam buat bodoh. Dia masih sibuk memilih alat tulis yang elok tersusun atas rak di depannya. Satu persatu pen dicubanya.

“Marry...”

“Alex! Stop it!” gerutu Mariam geram bila abangnya menarik pen dari dalam genggamannya.

“Dah, abang panggil buat pekak badak kenapanya? Badak pun tak pekak macam Marry tau!”

“You’d deserved it.”

“Mogok?”

“Yes.”

“Mogoklah... mogok...” tutur Alex sambil menyisih dari sisi. Mariam menarik senyum. Dalam hati, dia bercakap sendiri – tahu terasa! Yang dia buat kita tu, tak ingat? Padan muka! Gerutu Mariam dalam hati.

“Ehem...”

Ada  deheman dari sisi. Tapi Mariam masih buat bodoh. Fokus Mariam masih pada pemilihan pen di depannya. Satu demi satu pen yang dia cuba.

“...ehem...”

"Stop it Alex!" marah Mariam. Tapi tak juga menoleh. Alah, macam la Mariam tak tahu, Alex tu sebenarnya nak pujuk dia la tu. Alex mana pernah biarkan dia lama-lama merajuk atau marah-marah begitu.

"Hai..." seru suara asing. Kepala yang tunduk memilih dan mencuba pen, langsung terpanggung spontan. Itu bukan suara Alex. Menoleh ke sisi, “You?!”

Mengoyak senyum. “Yes. Me. Ada masalah?” soal lelaki itu. Mariam menarik nafas dalam-dalam sebelum menghela perlahan.

“Tak ada.”

Kembali memilih beberapa alat tulis yang diperlukan, Mariam langsung bergerak ke kauter untuk membuat bayaran.

“So, nama awak apa?”

Mariam diam. Buat tak dengar. “Berapa?” soal Mariam pada gadis di kaunter.

“Tiga puluh ringgit.”

Mariam angguk kepala. Not warna merah tiga helai dikeluarkan dan dihulurkan pada gadis di kaunter. “Terima kasih.” Tutur Mariam sambil melangkah keluar. Seruan lelaki di belakangnya, Mariam buat pekak.

Dah agak dah, mamat tu memang senget!

Agaknya jenis lelaki playboy yang anggap semua perempuan – senang nak dapat? Agak-agaklah. Dia memang tak pakai tudung. Tapi dia bukan kaki hang out dan jenis yang ‘mudah’ dengan lelaki.

Bila tiba masa – Mariam tahu bila nak pakai tudung! Bukan tak nak pakai, tapi dia belum bersedia. Biarlah bila nak pakai nanti, dia pakai sebab dia yang nak dan bukan sebab terpaksa. Dan biarlah bila dia pakai nanti, dia dah betul-betul tutup aurat dia. Bukannya tutup kepala tempat lain terbuka.

Tu bukan tutup aurat! Tu takat tutup rambut. Dia taknak macam tu. Sebab dia tahu, yang penting tutup aurat. Bukan tutup rambut.

Menapak ke arah parkir. Langkah Mariam terhenti.

“Hello...” ujar lelaki itu siap dengan lambaian depan muka.

“Kau nak apa?” soal Mariam bengang.

“Nak nama awak.”

“Kau siapa aku nak bagitahu nama aku? Pengawas sekolah? Aku rasa kita kat universiti, bukan sekolah.” Sinis Mariam.

“Tanya nama pun berdosa?” soal lelaki itu.

Senyum tersungging dibibir Mariam. “Bagi sepuluh sebab kenapa aku perlu bagitahu nama aku pada kau?”

“Sebab aku suka kau.”

Pecah gelak Mariam dengar apa yang dikatakan lelaki di depannya. Mengangkat tangan ke depan, telapak tangannya tepat mengadap mamat senget kat depannya tu.

"Hey mister, talk to the hand please." tutur Mariam sambil melangkah meninggalkan lelaki tu terpinga-pinga sendiri. Hati Mariam kala itu sebal!

Apasal la kat kampus ni wujud mamat senget macam tu?

Monday 23 June 2014

Bukan Yang Sempurna - 3


“Dapat?” soal Anwar. Idham menggelengkan kepalanya. Anwar langsung tertawa.

“Aku dah agak.”

Idham menarik senyum. Jari telunjuknya digerakkan ke kiri – kanan – kiri. “Alah... jinak-jinak merpati je tu.”

Mendengarkan itu, Anwar langsung tertawa. “Kau rasa budak tu mudah?”

Idham mengangkat bahu. “Entah. Tapi kalau tak cuba tak tahu.”

“Iyalah tu. Kau tu – ego. Bila kena tolak macam tu – rasa tercabar. Budak tu bukan jenis naif.”

“Mana kau tahu?” soal Idham. Anwar tertawa.

“Dia bukan budak yang mudah terkena. Tadi tu, dia perhati kau. Perhati sekeliling. Dan aku berani potong jari la... dia la freshie pertama yang aku nampak berani bertekak dengan kau sampai kau bengang.” Tutur Anwar dalam tawa yang masih bersisa.

Idham tertawa kecil. Mengangkat bahu. “Whose know what will happen in future. Kan?”

“Hari ni, mungkin dia tolak aku. Masa depan?”

Anwar angkat bahu. “Entah. Tapi aku rasa liat sikit la kau nak dapat dekat dengan dia.” Akui Anwar jujur. “Kawan – mungkin. Tapi kalau kau nak bercinta dengan dia....” jari telunjuk Anwar digerakkan ke kiri – kanan – kiri.

“Okey.. We’ll see.”

Anwar tertawa. “Eh by the way , kenalkan – Iskandar. Ni kawan aku masa kat sekolah dulu.”

“Idham.” Ujar Idham sambil menghulurkan tangan.

“Iskandar.”

“Studi sini juga?”

Geleng. “UTM.”

“Ooo.. hantar adik ke, saja singgah?”

“Hantar adik. Sambil-sambil tu, saja jumpa Anwar. Dah berapa tahun tak jumpa.”

“Ooo...” mulut turut memuncung. Iskandar menarik senyum.

“So Nuar, tolong tengok-tengokkan Marry.”

Anwar mengangguk. “Sure do. Marry pun macam adik aku juga. Kau dah jumpa dengan Jason dan Diane? Dia orang studi sini juga.”

Iskandar menggelengkan kepala. “Tak. Aku tak sempat nak inform siapa pun. Sampai sini tadi, aku macam teringat kau kat sini.”

Anwar mengangguk. “So nanti, keraplah kau datang sini.”

Iskandar tertawa. “Dah, Marry kat sini. Kalau aku tak datang pun; macamlah dia tak mengomel itu ini dengan aku.” Mendengarkan itu Anwar tertawa. “Iyalah. Mana orang tak ingat kau dengan Marry tu couple masa sekolah.

Si Diane tu sampai cakap, “Eh orang Melayu cakap – kalau pasangan tu muka sama – panjang jodoh eh?” ajuk Anwar. Iskandar tertawa terbahak-bahak.

Gara-gara itu bukan setakat dia kena ambush dengan kawan-kawan lelaki Mariam yang cuba nak jual minyak urat pada adiknya, tapi Mariam turut kena tembak dengan bermacam soalan. Pernah sekali Iskandar kena warning dengan Mariam. Kata Mariam, “You will and only have a girlfriend if ONLY I approved it!” luah Mariam siap dengan menekan perkataan ONLY.

Ketawa sakit perut Iskandar hari tu. Tak pernah-pernah Mariam ambil tahu siapa kawan dia, dengan siapa dia berborak telefon, ke mana dia pergi. Tapi selepas satu petang tu – semuanya Mariam ambil tahu.

Bila dia marah dengan tindakan Mariam, sambil lewa Mariam menjawab. “I don’t like that.”

“Apa?”

“Tu perempuan menggeletis yang nak rapat dengan abang. Yang sibuk nak telefon tak tentu masa tanya abang ada rumah ke tak. Yang siap serang orang kat stesen bas hari tu tanya apa hubungan orang dengan abang.”

Mendengarkan itu Iskandar terkedu.

“Bila?”

Mariam memanggung pandang. Coklat Ferrero Roche dari dalam bekas gula-gula dikeluarkan. Dibuka kertasnya dan dimasukkan ke dalam mulut.

“Semalam.”

“Siapa?”

Mariam angkat bahu. Bibir dijuih tanda meluat. “Boleh dia datang kat Marry kemudian dia cakap – hei budak. Kau siapa eh yang keluar dengan Alex? Apa, kat Derma dah tak ada budak lelaki dah sampai budak SM Perlis pun kau nak.”

“Eeee menggeletis la!”

Mendengarkan itu Iskandar tertawa. “Dah tu, Mariam lawan?”

“Gila?!”

“Hei.. apa kata abang gila ni? Tak baiklah!” marah Iskandar. Mariam tersengih.

“Sorry. No what I mean, gila ke apa Mariam nak lawan gaduh kat situ. First, I am your sister yang ada blood ties dengan you, so I surely bangga ada abang yang diminati ramai. Second, I cuma balas – I have nothing to do with you. Dan kalau you tak layan dia orang, dan datang kat I ; what else could I do kan?”

Mendengarkan tu, Iskandar jatuh rahang.

“You’d say that?”

Mariam angguk.

“Haish...”

“haish apa?” marah Mariam. Iskandar mengeluh.

“Yang Mariam layan dia orang kenapa?”

“Because I want they know, Alex is only for Marry and Danny.”

“Why?”

“Because you’re our bestie!”

Iskandar garu kepala. Bangun dari duduk, kepala Mariam diluku perlahan. “Pampered!”

“Biarlah!”

“So should I do the same to those guys who keep asking me about you?”

Mariam angguk kepala. Bibir koyak senyum. “Yes please Alex. Just tell them that I am your girl please.”

“Gila!”

“Mana pula gila. You nak adik kesayangan you ni kena kacau eh?”

Alex tarik senyum. “Taklah. Tapi boleh je kan kalau terus-terang cakap you’re my baby boo?”

“Boleh memang la boleh! Tapi dekat depan you je dia orang tak kacau I. Kat belakang you? Kata sekolah?”

“Dah tu my Mariam is not that weak? Macam Aisya used to say, you’re the iron Marry!”

Mengingatkan kisah dia – Mariam. Iskandar tersengih. Apa pun yang ada kat dunia ni, tak mungkin dapat gantikan adiknya – Mariam!

“Dia tapis semua call untuk aku okey!”

Anwar tertawa. “Tu la kan? Bukan tu je, asal balik rumah – kena exchanged telefon!”

Iskandar sengih.

“Dah tu, nak buat macam mana. Ikutkan je la. Kalau tak, dia bocor rahsia.”

Anwar tertawa. “Mariam tu kadang-kadang suka main taktik keji juga eh?”

Iskandar angkat kening. “Dia cakap – because of her taktik keji, abang dia dah jadi manusia.”

“Ouch!!” ujar Anwar dalam tawa.

“So, tolong jaga Marry eh.”

Anwar angguk kepala. “No worries.”

“Oh, so adik kau kat sini?” soal Idham.

Iskandar mengangguk. Bibir koyak senyum. “Kenalkanlah.”

Anwar menoleh. “Dengan kau? Baik tak payah.”

“Hek elah... tak baik betul!”

Tuesday 17 June 2014

Bukan Yang Sempurna - 2



Kalau tadi setengah jam menempa kesesakkan lalu lintas untuk mendaftar. Penat menunggu, langsung Mariam minta izin berjalan kaki mencari kolej untuk pendaftaran. Kalau jam 7.30 pagi pun sudah ramai yang datang mendaftar, apa pula nanti.

“Tu kolej MISC.” Tunjuk Danish dengan jari telunjuknya.

“Mariam turunlah. Jalan kaki. Kalau nak tunggu sampai, entah bila. Orang makin ramai pula kang.” Anjur Iskandar. Laju Mariam mengangguk.

“Mariam pergi dulu eh ayah.”

Menoleh memandang Danial. “Jom Danny.”

“Ala... malas la. Akak pergi seorang dah la.”

“Jom la.. temankan.”

“Iyala.. iyala. Itu pun nak berteman. Manja!” gerutu Danial. Mariam tertawa. Bahu adiknya dipeluk mesra.

“Ish.. apa peluk-peluk. Malu la orang nampak!”

Spontan Mariam menjelirkan lidah pada adiknya sambil tertawa. Memandang ayah, “Nanti Mariam telefon bila dah siap.” Tutur Mariam.

Ayah mengangguk sambil menyambung perbualan dengan rakannya yang bertugas sebagai salah seorang pensyarah di UUM. Bertemankan Danial, Mariam memerhatikan nama setiap kolej kediaman yang mereka lalui.

Melihat seorang pemuda yang berpakaian kadet polis, Mariam langsung bertanya. “Assalammualaikum... tumpang tanya, kat mana eh kolej Petronas?”

Lelaki itu mengoyak senyum. “Adik jalan terus je dari sini. Kolej tu kat hujung sekali dari jalan ni sebelah kiri. Nanti adik nampak signboard lambang petronas.”

“Oh..okey. Terima kasih.”

“Ya sama-sama.”

Menapak hingga ke hujung jalan. Mariam menarik nafas lega. “Jumpa dah!”

“Danny tunggu sinilah. Apa-apa telefon Danny.”

Mariam mengangguk. Melangkah ke ruang legar perkarangan Kolej Kediaman Petronas, Mariam turut beratur. Dokumen-dokumen yang diperlukan, dikeluarkan siap-siap dari sampul. Helaian rambut yang berjuntai, diselit ditepi telinga.

Sambil beratur, sambil Mariam melihat ke kiri dan ke kanan. Ramai ibu bapa yang hadir. Ada yang siap menemankan anak-anak yang masuk mendaftar. Ada yang menunggu di bawah pokok, ada yang duduk berhampiran dengan tempat pendaftaran.

“Sijil-sijilnya mana?” sapa seorang lelaki yang entah dari mana hadirnya. Menoleh ke sisi, pandangan mata Mariam jatuh pada lelaki berkaca mata dengan kemeja warna hitam dan tali leher warna putih. Kontras. Fikir Mariam.

“Dalam beg.”

“Keluarkanlah. Takkan tu pun nak kena cakap?”

Mendengarkan itu, dahi berkerut. Kening saling bertemu. “Jauh ke depan lagi kan?” soal Mariam kembali.

“Dah tu, sampai depan baru nak keluarkan? Nak terberak baru nak cari tandas?” perli lelaki yang entah dari mana munculnya.

Mendengarkan itu Mariam berdeham. Gigi diketapkan. Dah kenapa mamat kat sebelah dia ni. Sewel? Punya ramai lagi beratur, yang dia sibuk nak minta borang kenapa. Keluar sedikit dari barisan, mata Mariam mula mengira berapa orang lagi yang ada sebelum sampai gilirannya untuk mendaftar.

Lima belas. Haa??? Lima belas.

Banyak lagi kot! Yang mamat ni meroyan kat sebelah dia kenapa? Kembali menoleh memandang mamat kerek disebelahnya, Mariam kembali bersuara. “Sampai giliran saya nanti, saya keluarkan.” Tenang Mariam menjawab sebelum kembali memandang ke depan.

“Kerek kau ya?”

Buat pekak! Buat pekak! Bisik hati Mariam. Getaran telefon bimbit melarikan perhatian Mariam pada mesej yang dihantar.

+ Lambat lagi ke Marry?
-Lima belas orang lagi.
+Whaatttt? Ramainya! Boringlah! Emak dengan ayah suruh tunggu kau kat sini! Alex jumpa dengan kawan dia, tak boleh temankan Danny.
-Lepaklah dengan emak-ayah.
+Malaslah! Ayah jumpa dengan kawan dia masa sekolah dulu.
-Dah tu ke sinilah. Beratur dengan aku.
+Taknaklah. Nanti mesej eh.
-Ok.

“Kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?” tutur lelaki disebelahnya lagi.

Mariam mengangkat muka. Kepala dilipatkan ke kanan. Aik?? Ada lagi dia kat sini? Ingatkan tadi dah blah dah.

“Awak ni kenapa? Ada isu dengan saya?” soal Mariam bosan.

“Aku cakap keluarkan borang tu.” Tutur lelaki disebelahnya.

Mariam tarik nafas dalam-dalam. Kemudian dilepaskannya perlahan. Cuba menjana kesabaran. Kenapalah mamat ni datang ganggu dia dalam ramai-ramai pelajar yang datang mendaftar kat sini

. “Orang lain banyak lagi yang tak pegang borang kan? Pergi minta pada dia orang.” Tutur Mariam tenang.

“Aku minta kau punya. Bukan dia orang punya.”

Oh sungguh irritating! Dah kesalahan apa yang dia buat kalau tak keluarkan borang dia pun. Sekali lagi pandangan mata Mariam mencerun pada lelaki disisinya. Mencari tag nama. Tak ada!

Dah tu, bukanlah AJK suai kenal!

“Awak siapa yang nak saya keluarkan borang tu dan tunjuk pada awak?”

“Saya bertugas kat sini.”

“Oooh? Mana tag awak? Sini nak tengok tag awak!” keras suara Mariam kala itu. Dia dah bersiap sedia nak berdebat. “Kau siapa nak minta tag nama aku?”

“Dan awak siapa nak minta borang saya? Kenapa? Nak tengok details saya?” soal Mariam. Menjungkitkan senyum sinis. Mariam menapak setapak mendekati lelaki di sisinya itu.

“Kenapa? Awak suka saya? Jadi awak nak tengok detail peribadi saya?” soal Mariam. Lelaki itu tertawa.

“Kau ingat kau cantik sangat?”

Mariam turut tertawa. “Oh, saya tak cakap pun. Dan bila awak keluarkan premis pertanyaan macam tu – rasanya iyalah kot. Saya cantik! Kalau tak, takkan awak dari tadi minta borang saya, tapi tak borang pelajar lain.” Sindir Mariam.

“Kau...”

“Idham!” panggilan itu membuatkan lelaki disisinya langsung berpaling. Mariam menarik senyum lebar. Ooh... Idham nama lelaki disebelahnya.

“Sini jap!”

“Kejap ah!” balas lelaki bernama Idham itu tadi.

Mariam tertawa sinis. Kembali menoleh ke depan, dia mengira gilirannya. Sembilan orang lagi. Minta-mintalah mamat kat sebelah ni cepat-cepat berambus dari sisi.

“Nasib kau baik hari ini. Berdoalah kita tak berjumpa kat mana-mana.” Tutur lelaki itu. Mendengarkan itu, Mariam mengoyak senyum.

“Dan awak ingat saya takut?” sindir Mariam dengan satu senyuman yang tersungging dibibir. Lelaki itu merengus kasar. Mariam tertawa kecil. Perlahan dia menggelengkan kepala.

Agaknya, itu stail mengorat awek yang terkini eh? Padanlah abang selalu tegas-tegas dengan dia. Kata abang, lelaki ni bukannya boleh bagi peluang. Sekali bagi peluang, diambilnya kesempatan. Dan abang tu teramatlah cerewet dalam segala bab. Kawan-kawan lelaki dia, semuanya dipantau.

Mencapai telefon bimbit, baru je Mariam nak menaip mesej untuk abang satu mesej masuk.

+Borak dengan siapa tadi?
-Mana ada borak dengan siapa pun.
+Tadi bukan ada lelaki kat sebelah Mariam ke?
-The cicakman tu? Dia minta borang-borang Mariam.
+Dah tu, bagi ke?
-Buat apa? Kat budak-budak lain tak minta pun. Dia minta kat Mariam je. Kalau kata dia tengah pungut semua form, mestilah dah ada selambak form kat tangan dia tadi.
+Hurm..okla macam tu. Apa-apa call abang.
-Abang kat mana? Mana abang tahu cicakman ada sebelah Mariam?
+Abang nampak. Tengah borak dengan kawan.
-Ok.
Telefon kembali disimpan. Menarik nafas dalam-dalam, satu keluhan dilepaskan. Getah ikat rambut dipegelangan tangan dikeluarkan. Rambutnya diikat tocang kuda.

“Cepatlah sampai giliran... dah panas ni...” getus Mariam perlahan.

Bukan Yang Sempurna - 1


Usai menunaikan solat subuh, laju saja tangan mencapai hanger yang digantung pada tombol pintu semalam. Berlalu ke bilik air, dia menukar pakaian. Seruan emak dari luar bilik air kedengaran. “Kakak.... dah siap?”

“Sekejap. Baru pakai baju.” Balas Mariam Jamilah sambil tangan menguak pintu bilik air dari dalam.

“Barang semua dah siap packing? Tak ada yang tertinggal?”

Laju kepala menggeleng ke kiri dan ke kanan. “Borang yang kena bawa masa sesi pendaftaran?”

“Ada. Dalam bagpack. Sekali dengan fail.”

“Danial... Iskandar... tolong Mariam angkat beg!” seru emak. Mariam masih lagi memerhatikan penampilannya di muka cermin. Duduk baju kurung dikemaskan. Rambut yang masih lagi basah dikeringkan.

Alamatnya, terpaksalah lepaskan rambut. Kalau dah basah begini, mana boleh nak ikat. Mariam mengeluh sendiri. Tapi salah dia juga, dah tahu nak gerak awal pagi begini, yang basahkan rambut kenapa. Agaknya dah jadi habit. Setiap kali rambut mesti dibasahkan. Dan satu lagi habit Mariam, dia paling tak suka gunakan hair dryer untuk keringkan rambutnya. Dia lagi suka kalau rambutnya kering semulajadi begitu saja.

“Dah, jom turun. Ayah nak ajak sarapan kat luar. Nanti dari market, kita terus ke UUM.” Ujar emak.

“Eh? Bukan sarapan kat rumah la?”

Emak menggeleng. “Taklah. Abang dengan adik semalam pun ajak sarapan kat luar.”

Mendengarkan itu, Mariam mengangguk. Turun ke bawah, Danial baru keluar dari dapur siap dengan air di tangan. Untuk bekalan kalau penat menunggu dia mendaftar nanti katanya. Mariam mengoyak senyum.

“Abang mana?”

“Kat luar. Tengah angkat beg kakak agaknya.” Tutur Danial.

“Danny tak tolong?”

Danial tarik senyum. “Abang Alex kan kuat.”

Mendengarkan itu, Mariam menarik senyum. Danial ni la... selalu tau dia kenakan abang. Alasan dia bagi kat abang, dia tak kuat sebab dia kecil! Kecil la sangat! Dah tingkatan dua pun, mengaku kecil lagi! Mentang-mentanglah dia anak bongsu kan?

“Iskandar....!! Dah siap..?.” seru emak.

Danial memandang wajah emak. “Apa pula Iskandar emak. Alex... Alex la..”

“Dah kenapa nama abang jadi Alex?”

Danial tertawa. “Kawan-kawan abang dari sekolah kan ke panggil abang Alex?”

Mariam tertawa. Iyalah, abang dari sekolah dulu dipanggil oleh kawan-kawannya. Abang dulu kan belajar di Sekolah Menengah Perlis. Sekolah yang majoriti pelajarnya adalah pelajar Cina dan rakan-rakannya masing-masing menggunakan nama Inggeris walau mereka itu sebenarnya beragama budha dan berbangsa cina. Sampaikan nama abang yang asalnya Iskandar digelar Alex, dia yang namanya Mariam dipanggil Marry, Danial pula jadi Danny.

Cuma emak sangat tak gemar bila anak-anaknya ditukar nama begitu. Kata emak, nama anak-anaknya memang dah diambil dari nama yang elok maknanya. Nama abang sempena nama wali Allah yang namanya termaktub dalam al-Quran. Nama Danial dari nama nabi dan namanya sendiri dari nama ibu nabi Isa a.s yang solehah.

Dan emak selalu menyeru nama anak-anak dengan nama yang penuh. Kata emak, panggilan itu satu doa. Dan nama yang baik itu juga satu doa. Pernah satu hari dia bergurau dengan emak.

“Emak, Jamilah tu maksudnya cantik – Yang Cantik. Kan emak?”

“Iya.”

“Jadi Mariam ni cantik kan emak? Anak emak yang cantik.”

Mendengarkan gurauannya emak tersenyum. Perlahan emak mengangguk. “Ya, anak-anak emak semuanya cantik-cantik. Jadi emak harap, anak-anak emak punya budi pekerti yang cantik-cantik juga.”

Dan Maryam tersenyum.

Ya, dia satu-satunya puteri emak. Yang tak pernah berpisah jauh-jauh dari emak. Dia selalu dekat dengan emak. Dan agaknya, kerana itu jugalah bila dapat matriks dia mati-mati tak nak pergi. Jenuh emak dan ayah pujuk. Tapi dia mahu juga terus belajar di Perlis.

“Mariam tak nak pergi. Bukannya matriks je tiket masuk universiti kan ayah. STPM pun boleh jadi tiket untuk buat ijazah.”

“Dah tu, Mariam nak ke mana? Sekolah Menengah Perlis?”

Laju Mariam menggeleng. “Taknaklah! Tu sekolah abang. Dan Mariam tak nak pening-pening kepala belajar Fizik lagi! Fizik STPM bukannya mudah! Tengoklah abang dulu, dia belajar macam mana.”

Emak pandang ayah. Ayah gelengkan kepala.

“Betul ni tak nak pergi?”

Mariam angguk kepala laju. “Tak nak. Mariam nak duduk sini je.”

“Dah tu?”

“Mariam nak belajar kat Derma juga.”

“Dah tu, bukan ke Mariam cakap nama Mariam dihantar ke Sekolah Menengah Perlis?” soal emak.

Mariam angguk.

“Dah tu?”

“Nanti Mariam ke Jabatan Pelajaran, minta tukarkan balik ke Sekolah Menengah Derma.” Tutur Mariam. Ayah diam. Emak diam. Abang turut diam.

“Boleh ya ayah?” pinta Mariam.

“Boleh ya emak...” tutur Mariam sambil tangannya mengoyang-goyangkan tangan emak. Emak pandang ayah. Ayah mengeluh.

“Yang nak belajar tu Mariam. Jadi ikut suka Mariam. Ayah tak suruh. Ayah tak halang.” Tutur ayah lambat-lambat.

“Tapi pesan ayah, bila Mariam dah pilih sesuatu tu, buat sungguh-sungguh. Jangan nanti Mariam tak dapat sambung buat degree pula. STPM ni tough.” Tutur ayah.

Mendengarkan itu Mariam melompat riang. Ya, ayah adalah seorang bapa yang sangat memahami. Emak juga. Walau dia banyak merengek, tapi kalau dia salah, memang tiada maaf untuk dia. Denda tetap denda.

Sama juga kali ini, bila dia isi borang, pilihan utamanya adalah UUM. Kursus yang dia pilih, Pengurusan Hubungan Antarabangsa. Abang pula, sebab dah janji; sanggup balik dari Johor semata-mata untuk hantar Mariam mendaftar.

Terkejut emak bila tengok abang terpacak depan rumah pagi semalam. Tanya emak, “Bukan abang ada projek ke kat kampus?”

Abang tersengih. “Abang dah cakap dengan pensyarah dah, nak cuti untuk seminggu. Lagi pun, sepanjang cuti semester lepaskan abang tolong pensyarah abang untuk projek aircraft tu? Jadi abang nak balik kampung seminggu untuk jumpa emak dengan ayah sambil hantar Mariam daftar.”

Emak menggeleng mendengar jawapan abang dan dia sekadar tersengih. Mujur emak tak marah dia yang mengada-ngada pujuk abang minta balik. Kalau tidak, naya je.

“Hah! Berangan lagi?” sergah abang siap dengan petikan jari di depan mata. Mariam mengoyak senyum.

“Heh... siap dah eh?”

“Dah. Takkan dengan Mariam sekali abang nak angkat kot?”

“Boleh?” soal Mariam siap dengan mata yang bersinar-sinar riang. Abang menggeleng. “Mariam ingat, Mariam tu ringan macam baby eh? Mariam tu dah boleh jadi isteri orang tau!”

“Eleh! Abang tu dah macam bapak budak!” marah Mariam. Geram!

Dia paling pantang kalau diusik abangnya begitu! Bencilah! Entah apa je abang ni. Ingat dia suka sangatlah disakat begitu!

“Dah. Jom. Kang lambat. Mak jang cakap dia tunggu kita kat market.”

“Eh? Makjang dah keluar eh?”

Ayah mengangguk. “Dah. Katanya nanti, dia terus gerak balik ke Kulim.” Tutur ayah. Mariam mengangguk.